Sunday, August 12, 2018

JET 1MDB DI SINGAPURA


Selepas kerajaan Indonesia pulangkan kapal layar mewah EQUANIMITY..

Kerajaan Singapore juga turut menyusul, akan serah semula Jet persendirian Jho Low yg dibeli guna dana 1MDB bernilai SD50 juta yang di rampas Singapura. Penyerahan Jet tersebut selepas selesai proses dokumentasi...

LAJUNYA TUN M BUAT KERJA ... Syabas !!!!

TNG E-wallet dan RFID payment system



Tahniah Touch n Go, ia bermula hanya untuk kegunaan membayar toll sahaja. Setelah sekian lama, touch n go card meluas di Burger King dan beberapa kiosk lain.

Sejak evolusi E-wallet bermula, touch n go memperkenalkan apps touch n go. Agak hairan juga untuk apa apps ini jika tidak tahu nak guna untuk apa.

Rupa-rupanya payment diplaza toll akan berubah selepas apabila sistem RFID diperkenalkan dan dalam peringkat percubaan pada bulan September nanti.

Dijangka bayaran diplaza toll menggunakan RFID akan bermula pada awal Januari 2019.

Ada beberapa perkara yang patut anda tahu mengenai Touch n Go RFID payment system.

1. Anda akan dibekalkan dengan RFID tag dan akan ditampalkan di cermin kenderaan anda.

2. Anda haruslah download dan install TNG e wallet yang boleh di download di appstore dan juga PlayStore.

3. Anda boleh membuat bayaran di plaza toll dengan menggunakan RFID tag yang dibekalkan.

4. Anda juga boleh juga menambah nilai kad touch n go melalui atas talian samada online banking dan juga kad kredit.

Smart tag device dan touch n go card biasa masih boleh boleh digunakan seperti biasa sehingga dimaklumkan kelak.

Antara lebuhraya yang mengambil bahagian dalam program ini adalah seperti berikut

1. Lebuhraya Kuala Lumpur Karak (KLK)
2. Lebuhraya NPE
3. Lebuhraya Sprint
4. Lebuhraya MEX
5. Lebuhraya Kesas
6. Lebuhraya Silk
7. Lebuhraya LKSA
8. GRAND SAGA
9. GRAND SEPADU
10. Lebuhraya LDP
11. Lebuhray DUKE
12. Lebuhraya LATAR
13. Lebuhraya AKLEH
14. Lebuhraya LATAR
15. Lebuhraya GCE
16. Lebuhraya BESRAYA
17. Terowong SMART

Lebuhraya PLUS tiada dalam senarai

Friday, August 10, 2018

Pramugari: Masalah tidak akan selesai dengan hanya memakai tudung

Komen 1

1. Adakah pramugari tu nak kumurkan arak untuk kau? dorang cuma sajikan. (This point however can be countermanded by the second point, rendering this point virtually pointless)

2. dalam flight tu bukan je stewardess yang muslim. Sterwardess non-muslim biasanya yang handle tugas2 berkaitan liquor.

3. Bekerja dalam syarikat persendirian maksudnya anda sudah "bersetuju" dengan "terma dan syarat" syarikat tersebut.

3. Apasal kalau pasal arak begini baru nak kisah sangat pasal agama? selama ini senyap je tengok ramai pompuan Melayu tak pakai tudung kat publik tu apa cerita?

Komen2

Sebab ni hospitality industri.. based on demand.. kat hotel2 pun Ada serve Arak kat bar  walaupun ni negara Islam.

Komen 3

Panduan untuk orang yang beragama islam.

Rasullullah S.A.W melaknat 10 golongan yang terlibat di dalam arak iaitu :-

1) Orang yang memerahnya (arak) iaitu pembuatnya

2) Orang yang meminta diperahkan (arak) iaitu pengedarnya.

3) Orang yang meminum arak

4) Orang yang membawa arak

5) Orang yang minta dihantarkan arak
6) Orang yang menuangkan arak

7) Orang yang menjual arak

8) Orang yang membeli arak

9) Orang yang makan hasil jualan arak

10) Orang yang minta dibelikan arak

Komen 4

Profession nak jadi stewardess bagi perempuan melayu memang sangat rendah, (Kebanyakan Orang Melayu lebih suka bekerja dalam organisasi kerajaan). Dalam 8 kali dah terbang ulang alik dari sabah ke Kuala Lumpur, Orang Melayu yang jadi pramugara/pramugari kebanyakannya ADALAH LELAKI, itupun dalam nisbah yang sangat kecil dibandingkan dengan bangsa India, et cetera.

Yang lagi satu, kalau sampai government nak interfere untuk control/kawal nafsu engko yang sangat lemah tu sampai senang sangat naik berahi tu, tu memang salah korang leh, bukan salah siapa2.

Bak kata Do Re Mi; "Cobaan"

Komen 5

Pandangan sahabat non muslim: kami nak minum arak semasa penerbangan😂

Komen 6

Pramugari² ni kalau fikir halal haram, interview pun dorang takkan pergi. Byk lg kerja halal  lain. Dorang pn tak kisah dgn hidup dorg, yg bukan pramugari plak bising haha.

Komen 7

Dalam Amal Makruf nahi mungkar, kamu cuma boleh nasihat. Kamu boleh elakkan. Kamu boleh hindari.

Tapi kalau nak guna provokasi nak suppress sebab "takut akidah Melayu terpesong", tu dari pendekatan diri dan komuniti untuk membendung secara aman, bukannya terus membawak masalah ni terus kearah legislative dengan radikal.

remember, While Islam is constitutionally the official religion of Malaysian under the Perlembagaan Malaysia, Malaysia is also a Parliamentarian Democratic nation.

Komen 8

Malaysia Airline adalh first board airline ia same ngan japan airline singapore airline dan setiap tahun malaysia airline layak pertanding ngan airline2 seluruh dunia..zaman 80an n 90an malaysia airline pnh masuk top 10 airline pertanding airline2 yg laen ..
Air asia airline ia adalh second board airline dan ia tidak layak masuk pertanding airline seluruh dunia sbb ia adalh economi airline...
Jd..klu malaysia airline tidak hidang minuman keras lps ni ia akan jatuh ke second board airline bersamaan air asia,tiger air,malido air dan sebagainy...
Same juga mcm hotel 5 bintang..bile hotel 5 bintang x jual minuman keras ia tidak layak lg jd hotel 5 bintang dan akan jatuh ke bawah 3 bintang..

Thursday, August 9, 2018

Siasatan Segera Terhadap Dakwaan Wang Tuntutan GST 'Dirompak'

YB Menteri Kewangan dalam ucapan beliau di Dewan Rakyat pada 7-8 Ogos 2018 mendakwa bahawa RM19.4 bilion wang tuntutan GST yang sepatutnya dibayar balik kepada peniaga telah ‘dirompak’ oleh Kerajaan BN terdahulu.

Menurut YB Menteri Kewangan, peniaga tidak dibayar input tax credit kerana wang tuntutan tersebut, yang sepatutnya dimasukkan ke dalam Akaun Amanah, telah dipindahkan kepada Akaun Disatukan atau Consolidated Fund.

Dakwaan ‘rompakan’ oleh YB Menteri Kewangan merupakan satu tuduhan yang amat berat – di mana ia bukan sahaja mencalarkan imej Barisan Nasional, tetapi dalam konteks ini, kesemua penjawat awam khususnya yang bertugas di Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Tuduhan ini amat serius kerana ‘rompakan’ bermakna wujud salah guna kuasa & penyelewengan terancang.

Oleh kerana imej Kerajaan terdahulu & penjawat amam telah tercemar & ia melibatkan kepentingan awam, siasatan dalaman harus dimulakan segera & diberi seminggu untuk disiapkan

Selaku Kerajaan bertanggungjawab, hasil siasatan dalaman ini perlu dikemukakan kepada umum.

Dalam semangat ketelusan dan reformasi yang dijanjikan oleh Kerajaan dan berlaku adil kpd semua pihak, perkara ini kemudiannya wajar dirujuk kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

Wednesday, August 8, 2018

Domino pizza promo code

RM0 Visit any Domino's outlet & get 2 Personal pizzas + 2 cans of soft drinks @RM14.90 for dine-in/takeaway. Use code:ST15 to order now Exp:10/8/18 T&C apply

Pandangan Ahmad Maslan mengenai cukai GST vs SST

Ahmad Maslan Tidak Lagi Bingung?
.
Dahsyat jugak YB pontian aka "Mat GST" punya perbahasan tadi.

Antara yang terbaik dikalangan pembahas dalam sesi bahas GST petang tadi.

Jauh lebih baik dari YB Tony Pua, apatah lagi jika dibandingkan dengan YB Jelutong 🤭🤭.
.
Ni den ringkaskan isi perbahasan beliau.

1.  Memulakan perbahasan dengan menyenaraikan kadar-kadar GST diseluruh dunia.

2. Menjelaskan bahawa Harga barang dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti:

- Harga barang
- Penawaran dan Pemintaan (Supply and Demand)
- Etika peniaga
- Nilai Ringgit
- Musim Tengkujuh
- Musim Perayaan
- Monopoli Barangan
- Kartel Pakatan
- Orang Tengah
- Penguatkuasaan yang Lemah
- Sabotaj Ekonomi
- Keupayaan KuasaBeli
- Perdagangan Dunia

3. Meminta KPDNKKHEP melihat etika peniaga yang memanipulasi harga barangan dan sabotaj ekonomi.

4. Menjelaskan tuduhan bahawa beliau ada menyebutkan ayat "GST boleh menurunkan harga barang" tapi beliau tidak sebut "GST boleh menurunkan harga semua barang".

5. Beliau memberikan 4 hujah sokongan kepada statement "GST boleh menurunkan harga barang" :

i) 30/10/2017, KPDNKK menjawab soalan dari Kubang Kerian bahawa 223 barang sememangnya telah turun harga kerana GST.

ii) Berlaku jualan murah pasca pengenalan GST kesan psikologi daripada sistem GST, apabila rakyat berpandangan bahawa GST menaikan harga barangan, mereka berhenti membeli barang, apabila demand turun, peniaga terpaksa menurunkan harga dengan melakukan jualan murah seperti jualan murah 10% ataupun 80% yang secara tidak langsung telah menurunkan harga barang.

iii)1/4/2015, dada akhbar turut menyebut bahawa pengeluar kereta menurunkan harga-harga kereta turun selepas pengenalan GST, dan percaya harga kereta akan melambung semula apabila SST diperkenalkan september nanti.

iv) Kadar inflasi sebenarnya telah menurun apabila GST diperkenalkan, 2014 kadar inflasi adalah 3.2%, 2015 kadar inflasi 2.1%, 2016 kadar inflasi 2.1%, 2017 kadar inflasi 3.6% kerana nilai matawang ringgit yang menurun, namun telah pulih semula pada 6 bulan pertama 2018 dimana kadar inflasi pada 1.8%.

6. Menerangkan bahawa GST juga adalah cukai yang menurunkan cukai yang lain. Sebagai contoh:

- Cukai SST kepada GST: 10%->6%
- Cukai Pendapatan: Turun 1-2%
- Cukai Syarikat: Turun dari 25% kepada 24%
- Cukai Koperasi:Turun 1-2%
- Cukai IKS, PKS:Turun dari 20% kepada 19%

Maka jika SST itu cukai yang baik, cukai apakah yang akan diturunkan apabila ia diperkenalkan semula kelak?

7. 3 Bulan Tax Holiday, Kerajaan telah rugi 11Billion,  sepatutnya transisi ini dilakukan dengan lebih lancar tanpa wujudnya tempoh tax holiday.

8. Memohon penjelasan mengenai ketirisan hasil seperti Transfer pricing dan the hidden economy. Kerana beliau telah dimaklumkan oleh Kastam bahawa saiz hidden ekonomi di Malaysia adalah berjumlah RM30 Billlion. Dan melalui GST, jumlah ini telah berkurangan kepada RM10 Billion.

9. Soalan cukai bertindih apakah mekanisma kerajaan nanti, dan adakah eksport akan dikecualikan cukai kerana melalui GST eksport tidak dicukai.

10. Akhir sekali mengingatkan kepada kerajaan PH, kalaulah kerajaan PH dulu sebut bahawa mereka akan hapuskan GST dan dalam masa yang sama akan diganti SST 10+6% beliau yakin bahawa PH takkan jadi pemerintah pada hari ini.
.
.
Nampaknya, pembunuhan karaker beliau betul2 berjayalah, sebab memang "jauh panggang dari api" kalau dihemat dari gerak lentok gaya perbahasan beliau tadi dengan karakter atau watak badut, joker, bodoh yang telah digembar-gemburkan selama ini.

Sekian.

Najib didakwa dengan tiga caj penggubahan wang haram (money laundering charges)

Tiada pengakuan direkodkan dan minta dibicarakan

Apakah tuduhan yang dilakukan terhadap DS Najib



Ex-PM Najib is accused of •
  1. receiving RM27mil of proceeds from unlawful activities on Dec 26, 2014 
  2. receiving RM5mil of proceeds from unlawful activities on Dec 26, 2014
  3. receiving RM10mil of proceeds from unlawful activities on Feb 10, 2015 
Setiap tuduhan yang dihadapi akan dipenjarakan maximum selama 15 tahun untuk setiap cases dan juga boleh dikenakan denda.

Siapakah peguam DS Najib: Shafee Abdullah


https://twitter.com/SumishaCNA/status/1027037919544991744

Tuesday, August 7, 2018

Najib di panggil SPRM

DS Najib di panggil SPRM dan dijangka ditahan semalaman sebelum di panggil untuk pendengaran kes di Mahkamah esok (8/8/2018) tidak jadi ditahan dilokap sprm.

Selepas 45 minit berada dalam bangunan Akademik Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dekat Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Bukit Tunku, di sini, Datuk Seri Najib Razak dilihat keluar dari perkarangan premis itu jam 5.47 petang tadi.

Sehingga petang ini, kelihatan kenderaan Vellfire QMN 11 keluar dari pejabat sprm menandakan DS Najib tidak tidur dilokap malam ini.

Pastinya DS Najib akan pertahan habis habisan daripada meringkuk dipenjara Sungai Buloh. Tak semua orang mampu menjadi seperti DS Najib. Kental, cekal dan mampu mangawal keadaan. Kalau orang biasa sure mengaku salah.

The Pekan MP is expected to face three additional charges involving money laundering at the Sessions Court tomorrow morning.

The charges are said to be under Section 4(1) of the Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2002 (AMLATFPUAA).

Paywave at pump station review

Dulu aku rasa secure lagi kad kredit kalau beg duit hilang sebab kena guna pin kalau nak buat transaction. Tapi semalam bila nak pergi pump petrol dekat bhp semalam tengok dah ada paywave icon (seperti dalam gambar). Which mean you just tap and ready to fill your petrol. 

Cashless bai.
 
Aku pun try la keluarkan kad debit Maybank aku dan tap di terminal pump. Just easy as that. Lepas tu keluarlah receipt macam biasa. Risau weh kalau jatuh ke tangan orang lain. 

Pagi tadi pun dengar di radio era.fm bahawa di stesen minyak CALTEX pun dah start guna paywave. Aku masih tak nampak lagi penggunaan paywave terminal dekat BHP Petrol dan juga Shell. 

So, be careful guys.

Penjelasan Jakim mengenai nasi kerabu pork

*PENJELASAN BERKENAAN ISU NASI KERABU RENDANG PORK*

Pihak kami mula menerima pertanyaan berkenaan isu Nasi Kerabu Rendang Pork yang dijual di Restoran Ante, One Utama dan di Solaris, Duta Mas Kuala Lumpur.

Untuk makluman pengguna, premis tersebut bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan menjual menu makanan yang *TIDAK HALAL*.

Justeru, pengguna Islam khususnya disarankan agar berhati-hati dalam memilih premis makanan yang ingin dikunjungi dengan mengutamakan premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut garis panduan, standard halal, peraturan serta perundangan berkaitan yang telah ditetapkan.

Untuk mengetahui premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar SmartHalal dan Verify Halal.

Bagi mengetahui penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular boleh layari laman FB Bahagian Hab Halal, JAKIM di:-

https://m.facebook.com/HabHalalJakim/

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

Harap maklum dan terima kasih.

Bahagian Hab Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
pr_halal.islam@1govuc.gov.my
03-8892 5000/1
24 Zulkaedah 1439 H
06 Ogos 2018 M

#YAKINIHALALMALAYSIA
#AMALKAN_3_S
#SEMAK_SEBELUM_SEBAR

Monday, August 6, 2018

Nasi Kerabu Pork

This is the first nasi kerabu pork rendang in KL, you can find it only at ANTE 1UTAMA and PUBLIKA.

The pork rendang is cooked for 5 hours, served with generous amount of vegetables.

Slow cooked ikan bilis sambal and salted egg.

Nasi kerabu with pork rendang price - RM23.80

Saturday, August 4, 2018

PRK SUNGAI KANDIS 4TH AUG 2018

SHAH ALAM 4 Ogos - Calon PKR, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni mempertahankan kerusi Dewan Undangam Negeri (DUN) Sungai Kandis dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini selepas memperolehi 15,427 undi.

Kemenangan Mohd. Mughni itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK N49 Sungai Dandis kira-kira pukul 9.25 malam.

Bagaimanapun Mohd. Zawawi hanya memperolehi majoriti 5,842 undi, jauh berbeza dengan majoriti yang diperolehi penyandang kerusi berkenaan, Mat Shuhaimi Shafiei dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lalu iaitu 12,480 undi.

Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam memperoleh 9,585 undi manakala calon Bebas, K.Murthy mendapat 97 undi.

#SgKandisMemilih
Peratusan keluar mengundi pada PRU14 di #SgKandis: 85%.
PRK #SgKandis hari ini: 50.3%.
Political fatigue, mungkin?
@501Awani

Pramugari Seksi - perbincangan di Parlimen

Mula mula aku malas nak komen isu Pramugari..tapi tengok makin ramai yg komen, Jadi aku luangkan masa lihat video perbahasan Anthony Loke.. kalau Lihat hanya petikan akhir respon Antony Loke, Aku pun nak marah dengan komen Menteri Macam tu.. Bila lihat perbahasan Penuh, Memang nampak kebodohan Ahli Parlimen PAS..

Anthony Loke telah memberi jawapan yang jelas, Jauh sebelum Respon "menjolok Mata" Tu.. Kata Menteri, Kementerian tidak ada sebarang masalah dengan pemakaian yang patuh Syariah bagi muslim, Walaubagaimana pun ia bergantung kepada Dasar Syarikat Penerbangan itu sendiri.. Jadi betul dan tepat jawapan Menteri..

Lepas tu Bangkit si Zailah, Nak juga minta Kementerian paksakan pemakaian patuh Syariah, siap nak bagi tahu hukum wajib.. Jawab Menteri,dia akan bincang dengan pihak MAB.. Lepas tu Bangkit si Takiri.. minta kalau boleh Pramugari MAS Dibenarkan Memakai Tudung, jawab Menteri Kementerian takda masalah..ia terpulang kepada Dasar Syarikat Penerbangan..

akhirnya Bangkit sorang MP PAS, ini yang buat Anthony Loke Marah, Antony Loke tanya lagi..masih lagi nak tanya pasal pakaian Pramugari ker ? sapa entah MP Bodoh dari PAS.. pegi tanya tentang pakaian Menjolok Mata.. masa tu Menteri nak tukar ker topik dan tajuk perbahasan lain.. Jawab Menteri..kalau menjolok Mata, Jangan Tengok..

Aku bukan kali pertama lihat MP PAS bagi soalan Bodoh.. Kalau aku Menteri pun aku marah.. macam takda isu lain, apa kena mengena dasar Syarikat dengan Kementerian.. Takkan nak suruh Kementerian Pengangkutan Paksa Syarikat Penerbangan, PAS sendiri tak boleh paksa Pramugari yg mendarat di Kelantan Tutup Aurat.. dan PAS sendiri tak mampu suruh semua Player Bolasepak Kelantan menutup aurat dengan memakai seluar Pendek..

Terus Terang dah banyak kali aku tengok celahan PAS ni dengan Soalan yg Bodoh.. jgn  kata Anthony Loke, Hari tu Dr Wan Azizah pun marah.. Orang sembang nak laksana dasar simpanan KWSP untuk isteri...Depa Sibuk bangun tanya macam mana nak tanggung dan bayar isteri kedua dan ketiga..Wan Azizah sendiri membalas dengan katanya, Kalau Tak mampu, Jangan kahwin lebih..Nafkah tu kerja Suami..bukan Kerajaan..

Terus terang aku cakap..jangan kan perbahasan, Celahan MP PAS pun menunjukkan depa ni mempunyai daya IQ yg rendah.. bangun semata mata nak tunjuk depa ni lebih Islam..lebih tahu tentang Islam.. memalukan ada Ahli Parlimen IQ mcm ni..

Teringat aku dengan watak Ahli Parlimen Mesir dari Parti Hizb Nour Salafi.. tengah tengah perbahasan isu rakyat..Ahli Parliman Hizb Nour bangun azan dalam Parlimen..Kononnya untuk Solat awal waktu.. Sampai ditegur Ulama yg membolehkan Ahli parlimen Jamak Solat.. mcm tu lah tahap IQ ahli Parlimen PAS.. :)

Oleh : Ahmad Muslim Badawi

Job scammer

SCAMMER ALERT❗️❗️
FRESH GRADUATE ALERT.

So harini aku just nak share pergi interview dekat company scammer. Fuck aku tak tahu pun itu company scammer dan aku pergi iinterview sampai habis. sorry awal2 dah carut. So ini sedikit pengalaman aku dan permainan diorang.

Aku dapat job position ni dekat indeed, dia just state the position and location without mention the company’s name. sbb tengah dalam ‘broke phase’ aku apply mana2 yang boleh dengan harapan as long as aku bekerja dan ada income. tak kisah la keje apa pun. asalkan dompet aku berwarna😭

after 2 days, i’ve got call from that company, aku rase itu adalah HR dia. lepas 2 hari kot dia kol aku,secepat itu? ya memang harus ku bilang wow. laju jugak diorang buat keje. dia tanya available ke tak untuk dtg interview pung pang pung pang sembang dia kate nanti dia bagi details. ok

Then aku pun untuk tutup perbualan, aku cakap la ‘you will email me the details right?’ dia kata ‘yap later i give’. aku pun jawab la ‘ok then see you soon thank you apa semua’ lepastu sambung tido sbb dia kol aku rabu pukul 9 pagi macam tuu. Interview aku harini Jumaat. hari barokah

Then kau tahu, ‘later i give you’ dia tu macam mana, dia whatsapp aku kot. Whatsapp? serious laa. ini 1st time la kott aku rase orang suruh datang interview thru whatsapp not by email which is informal and not professional. eager nak kerja punye pasal aku pun okay je ON pegi saja.

Dalam whatsapp tu dia mintak aku pakai formal dan sediakan resume. Sbb stock resume aku habis kat Graduan aspire haritu aku pun pegi la print baru. aku pun tak tahu kedai mana murah kat Gombak ni. aku just print kedai yg aku tahu dan makan kos dlm rm10 jugak. takpe demi masa depan.

Back to the point, dalam wasap tu aku tanye dia company apa? apa dia punya business? dia just cakap cakap dia adalah business service centre je dan terus cut cakap nk datang interview ke tak mahu. then aku google la nk tahu serba sedikit pasal ni. sbb kan eager and passion aku pun setuju je. https://t.co/PQZH2QQbtx

So Jumaat harini pagi2 bangun, siapkan requirement dia. Then buat duha lepastu. bukan nak cakap aku alim, sebab benda baik untuk buka pintu rezeki so yeah. lepastu siap2 pukul 9.45 aku bertolak dari rumah dan interview aku pukul 11. Turun kat ampang park. sesat sekejap peluh2, kol 10.30 aku smpai.

10.30 aku smpai dekat lobby tu je dah ramai orang, standard la ramai orang interview dalam sehari. nama bangunan ni Hampshire place office. dia adalah corporate office space. so banyak la company2 kt dlm ni. then aku naik la level 3A nervous dah mase tu. bodoh tak tahu tu company apa lagi.

sampai la level tu, depan lif saja dah ramai gile orang. then gerak sikit masuk dalam nk pegi receptionist dia, company dia layout kecik dan ramai gile orang. aku pm focal yg wasap aku tu dulu cakap aku dah sampai, then dia bawak aku pegi kaunter sruh ckp team 21. eh eh team? 🤔

Ada team baiiii, mase ni aku tak sedap hati dah. sebab banyak tebal jugak name list dia. one paper one team. so dalam satu team ada 10-20 name list. banyak tuu. dan aku pun cakap aku under ms Komathy (not the real name). org yg contact aku tu dan dia pkai baju hijau.

sebab orang tu lepas dia escort aku tu dia blah, so receptionist tu call la Komathy tadi. datang la the red girl. eh eh baju merah pulak. so aku tnye la komathy ke? siap tunjuk nombor yg pm aku tu lagi. she said yes and asked me to pass my resume document2 yg ada. aku bagi jelaa

ye aku bagi je sbb aku ingat diorang each other. kerja sama2. then ada form yg aku kena isi dan form tuu tak formal lansung,dia kertas yg ink dia nak xnk yg mintak a few info about me, takde company’s logo, number or faks dan asked me to put contact person.aku letak laa Komathy.

then datang la baju hijau pulak yg escort aku awal2 tadi, tanya aku ‘is everything ok’. aku ckp la ‘who should i refer? to you or someone else?’. Dia kate ‘to me la sbb i yg wasap u’. aku ckp la aku dh bagi resume aku kt org lain sbb aku igt diorang keje sama2 apa semua.

lepastu dia tarik aku to talk in private? Why in private cakap jelaa sini. tak private mana pun gais sbb layout diorang kecik je. dpn2 org jgk dia ckp tapi slow2 la. she said ‘u are under me now go ask receptionist to call that ms komathy (red girl) and take back ur resume.

Aku pun pegi la kaunter balik, lepastu receptionist tu marah aku, you ni you bawah sape!!? boleh sabar tak duduk diam2!! kuat weh dia marah aku. malu aku. aku bkn tak sabar babi aku diminta buat mcm ni. tiba ada laki datang kata ‘rizan eh? ok ok dah settle dah nnt kami panggil’.

aku pun alright then. mase aku tnggu tu aku perati dan fikir. kenapa terlalu ramai? kenapa terlalu sekejap diorang iv? tak smpai 5 minit dah panggil nama lain. kenapa org dia escort smpai lif? bukakkan pintu. kau dilayan seperti raja dekat sini. tapi receptionist tadi tetap babi.

sampai la nama aku kena panggil, pegi masuk bilik meeting tu. sempat jgk aku usha2 sikit office dia. office dia agak kosong dan staff diorang semua pakai coat mungkin nak nampak formal. and berjumpa la aku utk berbual dgn the real Komathy (the green girl) yg contact aku tu.

dia pun cakap la. ‘ya rizan akhirnya’. then dia ckp lagi ‘i fight to get u back’. aku mase ni eh kenapa smpai nk kena fight beria nak aku, wow gila wow smpai mcm tuu sekali. rase diri dihargai sgt sgt tapi receptionist tadi tetap babi. then dia tnye tell me bout urself.

aku google weh dlm lrt tadi to give the best answer utk soalan mcm ni. yes aku google. aku pun start kenalkan nama aku. baru nama aku, tak sempat la nak kata aku hensem belaja apa je dulu praktikal kat mana apa dia dh cantas and terangkan pasal company ni.shit penat je aku google

it’s ok je utk mase akn dtg. Dia pun explain la pasal organization chart dia tapi start dari manager. masa ni aku memang dah confirmed yg ni scammer.sbb kan tu aku tnye dia.atas manager siapa? who is the CEO since i can’t get any info from internet. aku tnye nama receptionist jgk

dia just ckp ‘oh tu top management la’. dia tak tahu siapa nama CEO dia. bukan kalau pekerja diorang mesti tahu kan nama BOD ke CEO semua. itu standard kan? ke aku salah. dia pun tak tahu receptionist tuu siapa. lepastu dia terangkan pasal core business dia and function.

dia kata laa, kitorang buat customer service dan boleh earn dalam 4-5 K satu bulan. banyak kan? tapi we hv no basic salary, but we have unlimited commission. takde basic salary pakai commssion je gais. dia kate lagi you boleh earn banyak2. jap WTF?

lepastuu dia kata dia tak buat sales, tapi pakai commission. kat sini kami tak jual apa2 kata dia. kami buat customer service utk company lain. then aku tanya la apa je company yang gunakan perkhidmatan you? dia kata cth laa company ni (dia tunjuk bangunan sblh) aku tak igt nama.

dia kata cth bangunan sebelah perlukan service, diorang buat laa. aku tanya nama company yg berurusan dgn diorang, dia bagi cth. tak paham soalan ke apa. ni berapa kali dah repeat paper dulu kt U. dia tak boleh bagi aku cth company. dia kata dia bagitahu once aku join. see?

lepastuu aku tanya branch pulak, other than KL kt mana lagi ada. Diorang just ada kt KL which is the small company yg aku pegi ni je and dia kata expected to open new branch soon. that’s y we need a lot of manpowers. halus je bunyi dia dgr dia ckp ceni. aku pun ‘oh ya really?’

terpaksa fake sikit. lepastu dia terus tanya aku. kalau you confirm i nak recruit ni. and kami ada training nxt wednesday. terus recruit gais bukan calang2 pastu terus mintak dtg training terus. takde nk tnggu 2 minggu harapan palsu ke apa. aku ckp aku bg jawapan nnt.

lepastu itu saja, dah thank u semua aku kelua dari bilik tu. dibukakkan pintu di escort smpai lif dgn senyuman siap terima kasih kt aku sungguh2. kalau aku tahu ceni aku dah suruh dia bawak beg aku sekali. oh ye komathy tu tak belek lansung resume aku. lansung! nampak gais?

pastu aku kelua, sambil laki ni escort aku. aku tanya, actually what company is this? you siapa? u bekeja bawah ms komathy jugak ke? why you kena escort smpai lif sedangkan i tahu jalan balik. dia teragak agak nk jawab. dia jwab dia kerja dgn ms komathy tu je. itu pun gagap.

benda lain yang aku perasan kt sini, staf diorang tak kenal antara satu sama lain. diorang just focus pada team masing2 dan bertegur berborak antara satu sama lain. tak tahu dari mana diorang dtg. mcm MLM lbh kurang mcm tuu. sbb tuu smpai fight nk dptkan aku. eh entahlah

mase aku balik tuu, aku berenti jap kt jejantas pastu aku kol maria (member aku). stgh jam borak dia pun google nama company ni dan dia jumpe bnyak cakap company ni scammer. comment2 pasal company ni. nama company ni pentagon business center. you may google it up.

why aku pegi jgak iv ni sbb at first aku tak tahu lansung nama company ni. so aku tak boleh google. smpai sini baru aku tahu nama company ni tapi tak sempat google sbb serabut gila. salah aku jugak tak tanya betul2. sbb betul2 perlukan pekerjaan kan. jadi aku on je.

lepastuu aku bejalan laa pulang pegi ampang park station berpeluh2. naik train then duduk dgn kebodohan yang ada aku termenung sampai laaa taman melati. iv aku tak lama pun 5-8 minit je. 1st time iv sekejap mcm ni. gila apa. aku trun drpd train peluh aku tak kering2 pun lagi.

pastu smpai taman melati, sbb aku park moto kt situ, naik moto pun termenung lagi. aku tak boleh terima kebodohan aku kali ni. haha pengalaman. dia memang laa bnd buruk. tapi ada baiknya. aku rase ramai je job seeker yg pnh kena.

bnd baiknya aku terdedah dgn bnd2 ceni dan aku boleh share dgn korang. ad hikmah semua ni. to you guys, In everything, Allah knows while you know not. All the best in seeking ur job and beware to scammers.

Thanks baca thread ni and hope you gais got something. sorry kalau tak menarik, salah tatabahasa, grammar. Jumaat Kareem! We are all under His bless.

Grabcar & e-hailing service in Malaysia

Grab kat Malaysia nie dah start sakit sebenarnya. Tunggu masa jer bisnes slow & slow & slow. Untuk produk Grabcar ni.

Dia tengah diversify product grabfood, grabdurian, superapp grabpay etc.

Dan, Grab pun tahu market malaysia tak menjanjikan pulangan lumayan seperti dulu. Berapa bulan saja lagi nak ke 2019. Grab diam2 ,sbb x nak market panic (merge uber), think they can monopoly after April onwards.

Sekali Mycar naikk, not bad. Ma Fren naik, Dak2 si naik.

Sebelum take over Uber SEA, Softbank & Didi investor besar Grab. Then, June Toyota pump pulak USD 1b (ironinya Gov Japan ban ehailing, so Malaysia ni lubuk la, macam bese). Then August nie,  Oppenheimer & Ping An Capital  pump lagi USD 1b.

Selang sebulan dua jer, berbillion USD dia generate from investor.

Patutnyer nyer insentif lagi banyak la kan utk driver. Lagi kasi mudah la,kan. Tapi apasal mcm kasi lagi susah?? AA lah, triple A lah? Sebab dia nak stop dah budaya2 insentif subsidi ni. Tak guna dia caring driver kaki insentif ni lagi, sebab foreseen dah fate grabcar ni.

Bukan dia takde duit. berbillion duit dia.  Beribu-ribu juta.

Lebih baik Grab ni melabur kat negara lain. Sebab dia tahu, macam mana pun dia ternak lembu kat Msia, lembu-lembu tetap sihat subur membiak-biak (demi dapur berasap)

Grab ni dah hijrah kat Singapore (sana port utk scamming2 nie). Ditakdirkan satu hari nanti dia bungkus (scam company), dengan berbillion-billion USD hutang sana, member balik Malaysia gi Segambut Tan Chong sana rilex jer. Kalau bungkus la. Tapi tidak kot, product lain dari country SEA byk support Grab ni.

Tengok sajalah, sampai tahap mana investor2 grab ni sanggup rugi.

#LuahanHatiPemanduGrab

PAKEJ PRIHATIN UNTUK GOLONGAN PKS

Salam & Selamat Pagi, Semalam Perdana Menteri Malaysia mengumumkan pakej rangsangan untuk golongan SME dan PKS sempena musim covid-19. A...