Saturday, August 4, 2018

PRK SUNGAI KANDIS 4TH AUG 2018

SHAH ALAM 4 Ogos - Calon PKR, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni mempertahankan kerusi Dewan Undangam Negeri (DUN) Sungai Kandis dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini selepas memperolehi 15,427 undi.

Kemenangan Mohd. Mughni itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK N49 Sungai Dandis kira-kira pukul 9.25 malam.

Bagaimanapun Mohd. Zawawi hanya memperolehi majoriti 5,842 undi, jauh berbeza dengan majoriti yang diperolehi penyandang kerusi berkenaan, Mat Shuhaimi Shafiei dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lalu iaitu 12,480 undi.

Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam memperoleh 9,585 undi manakala calon Bebas, K.Murthy mendapat 97 undi.

#SgKandisMemilih
Peratusan keluar mengundi pada PRU14 di #SgKandis: 85%.
PRK #SgKandis hari ini: 50.3%.
Political fatigue, mungkin?
@501Awani

No comments:

PAKEJ PRIHATIN UNTUK GOLONGAN PKS

Salam & Selamat Pagi, Semalam Perdana Menteri Malaysia mengumumkan pakej rangsangan untuk golongan SME dan PKS sempena musim covid-19. A...