Friday, August 10, 2018

Pramugari: Masalah tidak akan selesai dengan hanya memakai tudung

Komen 1

1. Adakah pramugari tu nak kumurkan arak untuk kau? dorang cuma sajikan. (This point however can be countermanded by the second point, rendering this point virtually pointless)

2. dalam flight tu bukan je stewardess yang muslim. Sterwardess non-muslim biasanya yang handle tugas2 berkaitan liquor.

3. Bekerja dalam syarikat persendirian maksudnya anda sudah "bersetuju" dengan "terma dan syarat" syarikat tersebut.

3. Apasal kalau pasal arak begini baru nak kisah sangat pasal agama? selama ini senyap je tengok ramai pompuan Melayu tak pakai tudung kat publik tu apa cerita?

Komen2

Sebab ni hospitality industri.. based on demand.. kat hotel2 pun Ada serve Arak kat bar  walaupun ni negara Islam.

Komen 3

Panduan untuk orang yang beragama islam.

Rasullullah S.A.W melaknat 10 golongan yang terlibat di dalam arak iaitu :-

1) Orang yang memerahnya (arak) iaitu pembuatnya

2) Orang yang meminta diperahkan (arak) iaitu pengedarnya.

3) Orang yang meminum arak

4) Orang yang membawa arak

5) Orang yang minta dihantarkan arak
6) Orang yang menuangkan arak

7) Orang yang menjual arak

8) Orang yang membeli arak

9) Orang yang makan hasil jualan arak

10) Orang yang minta dibelikan arak

Komen 4

Profession nak jadi stewardess bagi perempuan melayu memang sangat rendah, (Kebanyakan Orang Melayu lebih suka bekerja dalam organisasi kerajaan). Dalam 8 kali dah terbang ulang alik dari sabah ke Kuala Lumpur, Orang Melayu yang jadi pramugara/pramugari kebanyakannya ADALAH LELAKI, itupun dalam nisbah yang sangat kecil dibandingkan dengan bangsa India, et cetera.

Yang lagi satu, kalau sampai government nak interfere untuk control/kawal nafsu engko yang sangat lemah tu sampai senang sangat naik berahi tu, tu memang salah korang leh, bukan salah siapa2.

Bak kata Do Re Mi; "Cobaan"

Komen 5

Pandangan sahabat non muslim: kami nak minum arak semasa penerbangan😂

Komen 6

Pramugari² ni kalau fikir halal haram, interview pun dorang takkan pergi. Byk lg kerja halal  lain. Dorang pn tak kisah dgn hidup dorg, yg bukan pramugari plak bising haha.

Komen 7

Dalam Amal Makruf nahi mungkar, kamu cuma boleh nasihat. Kamu boleh elakkan. Kamu boleh hindari.

Tapi kalau nak guna provokasi nak suppress sebab "takut akidah Melayu terpesong", tu dari pendekatan diri dan komuniti untuk membendung secara aman, bukannya terus membawak masalah ni terus kearah legislative dengan radikal.

remember, While Islam is constitutionally the official religion of Malaysian under the Perlembagaan Malaysia, Malaysia is also a Parliamentarian Democratic nation.

Komen 8

Malaysia Airline adalh first board airline ia same ngan japan airline singapore airline dan setiap tahun malaysia airline layak pertanding ngan airline2 seluruh dunia..zaman 80an n 90an malaysia airline pnh masuk top 10 airline pertanding airline2 yg laen ..
Air asia airline ia adalh second board airline dan ia tidak layak masuk pertanding airline seluruh dunia sbb ia adalh economi airline...
Jd..klu malaysia airline tidak hidang minuman keras lps ni ia akan jatuh ke second board airline bersamaan air asia,tiger air,malido air dan sebagainy...
Same juga mcm hotel 5 bintang..bile hotel 5 bintang x jual minuman keras ia tidak layak lg jd hotel 5 bintang dan akan jatuh ke bawah 3 bintang..

No comments:

PAKEJ PRIHATIN UNTUK GOLONGAN PKS

Salam & Selamat Pagi, Semalam Perdana Menteri Malaysia mengumumkan pakej rangsangan untuk golongan SME dan PKS sempena musim covid-19. A...