YB Menteri Kewangan dalam ucapan beliau di Dewan Rakyat pada 7-8 Ogos 2018 mendakwa bahawa RM19.4 bilion wang tuntutan GST yang sepatutnya dibayar balik kepada peniaga telah ‘dirompak’ oleh Kerajaan BN terdahulu.
Menurut YB Menteri Kewangan, peniaga tidak dibayar input tax credit kerana wang tuntutan tersebut, yang sepatutnya dimasukkan ke dalam Akaun Amanah, telah dipindahkan kepada Akaun Disatukan atau Consolidated Fund.
Dakwaan ‘rompakan’ oleh YB Menteri Kewangan merupakan satu tuduhan yang amat berat – di mana ia bukan sahaja mencalarkan imej Barisan Nasional, tetapi dalam konteks ini, kesemua penjawat awam khususnya yang bertugas di Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Tuduhan ini amat serius kerana ‘rompakan’ bermakna wujud salah guna kuasa & penyelewengan terancang.
Oleh kerana imej Kerajaan terdahulu & penjawat amam telah tercemar & ia melibatkan kepentingan awam, siasatan dalaman harus dimulakan segera & diberi seminggu untuk disiapkan
Selaku Kerajaan bertanggungjawab, hasil siasatan dalaman ini perlu dikemukakan kepada umum.
Dalam semangat ketelusan dan reformasi yang dijanjikan oleh Kerajaan dan berlaku adil kpd semua pihak, perkara ini kemudiannya wajar dirujuk kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.
No comments:
Post a Comment