Saturday, August 4, 2018

Job scammer

SCAMMER ALERT❗️❗️
FRESH GRADUATE ALERT.

So harini aku just nak share pergi interview dekat company scammer. Fuck aku tak tahu pun itu company scammer dan aku pergi iinterview sampai habis. sorry awal2 dah carut. So ini sedikit pengalaman aku dan permainan diorang.

Aku dapat job position ni dekat indeed, dia just state the position and location without mention the company’s name. sbb tengah dalam ‘broke phase’ aku apply mana2 yang boleh dengan harapan as long as aku bekerja dan ada income. tak kisah la keje apa pun. asalkan dompet aku berwarna😭

after 2 days, i’ve got call from that company, aku rase itu adalah HR dia. lepas 2 hari kot dia kol aku,secepat itu? ya memang harus ku bilang wow. laju jugak diorang buat keje. dia tanya available ke tak untuk dtg interview pung pang pung pang sembang dia kate nanti dia bagi details. ok

Then aku pun untuk tutup perbualan, aku cakap la ‘you will email me the details right?’ dia kata ‘yap later i give’. aku pun jawab la ‘ok then see you soon thank you apa semua’ lepastu sambung tido sbb dia kol aku rabu pukul 9 pagi macam tuu. Interview aku harini Jumaat. hari barokah

Then kau tahu, ‘later i give you’ dia tu macam mana, dia whatsapp aku kot. Whatsapp? serious laa. ini 1st time la kott aku rase orang suruh datang interview thru whatsapp not by email which is informal and not professional. eager nak kerja punye pasal aku pun okay je ON pegi saja.

Dalam whatsapp tu dia mintak aku pakai formal dan sediakan resume. Sbb stock resume aku habis kat Graduan aspire haritu aku pun pegi la print baru. aku pun tak tahu kedai mana murah kat Gombak ni. aku just print kedai yg aku tahu dan makan kos dlm rm10 jugak. takpe demi masa depan.

Back to the point, dalam wasap tu aku tanye dia company apa? apa dia punya business? dia just cakap cakap dia adalah business service centre je dan terus cut cakap nk datang interview ke tak mahu. then aku google la nk tahu serba sedikit pasal ni. sbb kan eager and passion aku pun setuju je. https://t.co/PQZH2QQbtx

So Jumaat harini pagi2 bangun, siapkan requirement dia. Then buat duha lepastu. bukan nak cakap aku alim, sebab benda baik untuk buka pintu rezeki so yeah. lepastu siap2 pukul 9.45 aku bertolak dari rumah dan interview aku pukul 11. Turun kat ampang park. sesat sekejap peluh2, kol 10.30 aku smpai.

10.30 aku smpai dekat lobby tu je dah ramai orang, standard la ramai orang interview dalam sehari. nama bangunan ni Hampshire place office. dia adalah corporate office space. so banyak la company2 kt dlm ni. then aku naik la level 3A nervous dah mase tu. bodoh tak tahu tu company apa lagi.

sampai la level tu, depan lif saja dah ramai gile orang. then gerak sikit masuk dalam nk pegi receptionist dia, company dia layout kecik dan ramai gile orang. aku pm focal yg wasap aku tu dulu cakap aku dah sampai, then dia bawak aku pegi kaunter sruh ckp team 21. eh eh team? 🤔

Ada team baiiii, mase ni aku tak sedap hati dah. sebab banyak tebal jugak name list dia. one paper one team. so dalam satu team ada 10-20 name list. banyak tuu. dan aku pun cakap aku under ms Komathy (not the real name). org yg contact aku tu dan dia pkai baju hijau.

sebab orang tu lepas dia escort aku tu dia blah, so receptionist tu call la Komathy tadi. datang la the red girl. eh eh baju merah pulak. so aku tnye la komathy ke? siap tunjuk nombor yg pm aku tu lagi. she said yes and asked me to pass my resume document2 yg ada. aku bagi jelaa

ye aku bagi je sbb aku ingat diorang each other. kerja sama2. then ada form yg aku kena isi dan form tuu tak formal lansung,dia kertas yg ink dia nak xnk yg mintak a few info about me, takde company’s logo, number or faks dan asked me to put contact person.aku letak laa Komathy.

then datang la baju hijau pulak yg escort aku awal2 tadi, tanya aku ‘is everything ok’. aku ckp la ‘who should i refer? to you or someone else?’. Dia kate ‘to me la sbb i yg wasap u’. aku ckp la aku dh bagi resume aku kt org lain sbb aku igt diorang keje sama2 apa semua.

lepastu dia tarik aku to talk in private? Why in private cakap jelaa sini. tak private mana pun gais sbb layout diorang kecik je. dpn2 org jgk dia ckp tapi slow2 la. she said ‘u are under me now go ask receptionist to call that ms komathy (red girl) and take back ur resume.

Aku pun pegi la kaunter balik, lepastu receptionist tu marah aku, you ni you bawah sape!!? boleh sabar tak duduk diam2!! kuat weh dia marah aku. malu aku. aku bkn tak sabar babi aku diminta buat mcm ni. tiba ada laki datang kata ‘rizan eh? ok ok dah settle dah nnt kami panggil’.

aku pun alright then. mase aku tnggu tu aku perati dan fikir. kenapa terlalu ramai? kenapa terlalu sekejap diorang iv? tak smpai 5 minit dah panggil nama lain. kenapa org dia escort smpai lif? bukakkan pintu. kau dilayan seperti raja dekat sini. tapi receptionist tadi tetap babi.

sampai la nama aku kena panggil, pegi masuk bilik meeting tu. sempat jgk aku usha2 sikit office dia. office dia agak kosong dan staff diorang semua pakai coat mungkin nak nampak formal. and berjumpa la aku utk berbual dgn the real Komathy (the green girl) yg contact aku tu.

dia pun cakap la. ‘ya rizan akhirnya’. then dia ckp lagi ‘i fight to get u back’. aku mase ni eh kenapa smpai nk kena fight beria nak aku, wow gila wow smpai mcm tuu sekali. rase diri dihargai sgt sgt tapi receptionist tadi tetap babi. then dia tnye tell me bout urself.

aku google weh dlm lrt tadi to give the best answer utk soalan mcm ni. yes aku google. aku pun start kenalkan nama aku. baru nama aku, tak sempat la nak kata aku hensem belaja apa je dulu praktikal kat mana apa dia dh cantas and terangkan pasal company ni.shit penat je aku google

it’s ok je utk mase akn dtg. Dia pun explain la pasal organization chart dia tapi start dari manager. masa ni aku memang dah confirmed yg ni scammer.sbb kan tu aku tnye dia.atas manager siapa? who is the CEO since i can’t get any info from internet. aku tnye nama receptionist jgk

dia just ckp ‘oh tu top management la’. dia tak tahu siapa nama CEO dia. bukan kalau pekerja diorang mesti tahu kan nama BOD ke CEO semua. itu standard kan? ke aku salah. dia pun tak tahu receptionist tuu siapa. lepastu dia terangkan pasal core business dia and function.

dia kata laa, kitorang buat customer service dan boleh earn dalam 4-5 K satu bulan. banyak kan? tapi we hv no basic salary, but we have unlimited commission. takde basic salary pakai commssion je gais. dia kate lagi you boleh earn banyak2. jap WTF?

lepastuu dia kata dia tak buat sales, tapi pakai commission. kat sini kami tak jual apa2 kata dia. kami buat customer service utk company lain. then aku tanya la apa je company yang gunakan perkhidmatan you? dia kata cth laa company ni (dia tunjuk bangunan sblh) aku tak igt nama.

dia kata cth bangunan sebelah perlukan service, diorang buat laa. aku tanya nama company yg berurusan dgn diorang, dia bagi cth. tak paham soalan ke apa. ni berapa kali dah repeat paper dulu kt U. dia tak boleh bagi aku cth company. dia kata dia bagitahu once aku join. see?

lepastuu aku tanya branch pulak, other than KL kt mana lagi ada. Diorang just ada kt KL which is the small company yg aku pegi ni je and dia kata expected to open new branch soon. that’s y we need a lot of manpowers. halus je bunyi dia dgr dia ckp ceni. aku pun ‘oh ya really?’

terpaksa fake sikit. lepastu dia terus tanya aku. kalau you confirm i nak recruit ni. and kami ada training nxt wednesday. terus recruit gais bukan calang2 pastu terus mintak dtg training terus. takde nk tnggu 2 minggu harapan palsu ke apa. aku ckp aku bg jawapan nnt.

lepastu itu saja, dah thank u semua aku kelua dari bilik tu. dibukakkan pintu di escort smpai lif dgn senyuman siap terima kasih kt aku sungguh2. kalau aku tahu ceni aku dah suruh dia bawak beg aku sekali. oh ye komathy tu tak belek lansung resume aku. lansung! nampak gais?

pastu aku kelua, sambil laki ni escort aku. aku tanya, actually what company is this? you siapa? u bekeja bawah ms komathy jugak ke? why you kena escort smpai lif sedangkan i tahu jalan balik. dia teragak agak nk jawab. dia jwab dia kerja dgn ms komathy tu je. itu pun gagap.

benda lain yang aku perasan kt sini, staf diorang tak kenal antara satu sama lain. diorang just focus pada team masing2 dan bertegur berborak antara satu sama lain. tak tahu dari mana diorang dtg. mcm MLM lbh kurang mcm tuu. sbb tuu smpai fight nk dptkan aku. eh entahlah

mase aku balik tuu, aku berenti jap kt jejantas pastu aku kol maria (member aku). stgh jam borak dia pun google nama company ni dan dia jumpe bnyak cakap company ni scammer. comment2 pasal company ni. nama company ni pentagon business center. you may google it up.

why aku pegi jgak iv ni sbb at first aku tak tahu lansung nama company ni. so aku tak boleh google. smpai sini baru aku tahu nama company ni tapi tak sempat google sbb serabut gila. salah aku jugak tak tanya betul2. sbb betul2 perlukan pekerjaan kan. jadi aku on je.

lepastuu aku bejalan laa pulang pegi ampang park station berpeluh2. naik train then duduk dgn kebodohan yang ada aku termenung sampai laaa taman melati. iv aku tak lama pun 5-8 minit je. 1st time iv sekejap mcm ni. gila apa. aku trun drpd train peluh aku tak kering2 pun lagi.

pastu smpai taman melati, sbb aku park moto kt situ, naik moto pun termenung lagi. aku tak boleh terima kebodohan aku kali ni. haha pengalaman. dia memang laa bnd buruk. tapi ada baiknya. aku rase ramai je job seeker yg pnh kena.

bnd baiknya aku terdedah dgn bnd2 ceni dan aku boleh share dgn korang. ad hikmah semua ni. to you guys, In everything, Allah knows while you know not. All the best in seeking ur job and beware to scammers.

Thanks baca thread ni and hope you gais got something. sorry kalau tak menarik, salah tatabahasa, grammar. Jumaat Kareem! We are all under His bless.

No comments:

PAKEJ PRIHATIN UNTUK GOLONGAN PKS

Salam & Selamat Pagi, Semalam Perdana Menteri Malaysia mengumumkan pakej rangsangan untuk golongan SME dan PKS sempena musim covid-19. A...