Mula mula aku malas nak komen isu Pramugari..tapi tengok makin ramai yg komen, Jadi aku luangkan masa lihat video perbahasan Anthony Loke.. kalau Lihat hanya petikan akhir respon Antony Loke, Aku pun nak marah dengan komen Menteri Macam tu.. Bila lihat perbahasan Penuh, Memang nampak kebodohan Ahli Parlimen PAS..
Anthony Loke telah memberi jawapan yang jelas, Jauh sebelum Respon "menjolok Mata" Tu.. Kata Menteri, Kementerian tidak ada sebarang masalah dengan pemakaian yang patuh Syariah bagi muslim, Walaubagaimana pun ia bergantung kepada Dasar Syarikat Penerbangan itu sendiri.. Jadi betul dan tepat jawapan Menteri..
Lepas tu Bangkit si Zailah, Nak juga minta Kementerian paksakan pemakaian patuh Syariah, siap nak bagi tahu hukum wajib.. Jawab Menteri,dia akan bincang dengan pihak MAB.. Lepas tu Bangkit si Takiri.. minta kalau boleh Pramugari MAS Dibenarkan Memakai Tudung, jawab Menteri Kementerian takda masalah..ia terpulang kepada Dasar Syarikat Penerbangan..
akhirnya Bangkit sorang MP PAS, ini yang buat Anthony Loke Marah, Antony Loke tanya lagi..masih lagi nak tanya pasal pakaian Pramugari ker ? sapa entah MP Bodoh dari PAS.. pegi tanya tentang pakaian Menjolok Mata.. masa tu Menteri nak tukar ker topik dan tajuk perbahasan lain.. Jawab Menteri..kalau menjolok Mata, Jangan Tengok..
Aku bukan kali pertama lihat MP PAS bagi soalan Bodoh.. Kalau aku Menteri pun aku marah.. macam takda isu lain, apa kena mengena dasar Syarikat dengan Kementerian.. Takkan nak suruh Kementerian Pengangkutan Paksa Syarikat Penerbangan, PAS sendiri tak boleh paksa Pramugari yg mendarat di Kelantan Tutup Aurat.. dan PAS sendiri tak mampu suruh semua Player Bolasepak Kelantan menutup aurat dengan memakai seluar Pendek..
Terus Terang dah banyak kali aku tengok celahan PAS ni dengan Soalan yg Bodoh.. jgn kata Anthony Loke, Hari tu Dr Wan Azizah pun marah.. Orang sembang nak laksana dasar simpanan KWSP untuk isteri...Depa Sibuk bangun tanya macam mana nak tanggung dan bayar isteri kedua dan ketiga..Wan Azizah sendiri membalas dengan katanya, Kalau Tak mampu, Jangan kahwin lebih..Nafkah tu kerja Suami..bukan Kerajaan..
Terus terang aku cakap..jangan kan perbahasan, Celahan MP PAS pun menunjukkan depa ni mempunyai daya IQ yg rendah.. bangun semata mata nak tunjuk depa ni lebih Islam..lebih tahu tentang Islam.. memalukan ada Ahli Parlimen IQ mcm ni..
Teringat aku dengan watak Ahli Parlimen Mesir dari Parti Hizb Nour Salafi.. tengah tengah perbahasan isu rakyat..Ahli Parliman Hizb Nour bangun azan dalam Parlimen..Kononnya untuk Solat awal waktu.. Sampai ditegur Ulama yg membolehkan Ahli parlimen Jamak Solat.. mcm tu lah tahap IQ ahli Parlimen PAS.. :)
Oleh : Ahmad Muslim Badawi
No comments:
Post a Comment