Tuesday, August 7, 2018

Penjelasan Jakim mengenai nasi kerabu pork

*PENJELASAN BERKENAAN ISU NASI KERABU RENDANG PORK*

Pihak kami mula menerima pertanyaan berkenaan isu Nasi Kerabu Rendang Pork yang dijual di Restoran Ante, One Utama dan di Solaris, Duta Mas Kuala Lumpur.

Untuk makluman pengguna, premis tersebut bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan menjual menu makanan yang *TIDAK HALAL*.

Justeru, pengguna Islam khususnya disarankan agar berhati-hati dalam memilih premis makanan yang ingin dikunjungi dengan mengutamakan premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut garis panduan, standard halal, peraturan serta perundangan berkaitan yang telah ditetapkan.

Untuk mengetahui premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar SmartHalal dan Verify Halal.

Bagi mengetahui penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular boleh layari laman FB Bahagian Hab Halal, JAKIM di:-

https://m.facebook.com/HabHalalJakim/

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

Harap maklum dan terima kasih.

Bahagian Hab Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
pr_halal.islam@1govuc.gov.my
03-8892 5000/1
24 Zulkaedah 1439 H
06 Ogos 2018 M

#YAKINIHALALMALAYSIA
#AMALKAN_3_S
#SEMAK_SEBELUM_SEBAR

No comments:

PAKEJ PRIHATIN UNTUK GOLONGAN PKS

Salam & Selamat Pagi, Semalam Perdana Menteri Malaysia mengumumkan pakej rangsangan untuk golongan SME dan PKS sempena musim covid-19. A...