Semalam jumpa orang yang ada semangat dan juga strategi bisness yang "WOW" di seminar #HarimauMenangis. Jumpa ramai usahawan online dan offline antaranya En Rozaini pemilik 2 francais secret recipe di Kedah, satu satunya orang Melayu pertama yang berjaya membuka Francais tersebut, dapat bergambar dan ambil no telefon dia. Cerita yang beliau kongsikan adalah revenue satu francais untuk sebulan adalah RM180K. Jualannya pernah drop sehingga 80% disebabkan ada satu krisis Sijil Halal ditarik balik oleh JAKIM, somewhere this year kalau tidak silap. Sekarang beliau tengah mengusahakan projek baru beliau SYG Skincare yang dilanjarkan hujung bulan ini.
Jumpa saudara Hisham Salleh pengacara Selamat Pagi Malaysia dan pembaca berita TV1.Beliau kongsikan tips bagaimana pihak produksi tv mencari cari content untuk dimasukkan di dalam slot Selamat Pagi Malaysia untuk sentiasa kelihatan baru dan segar. Sempat juga aku semalam melakonkan satu watak dengan beliau bagaimana aku yang menelefon Hisham Salleh (sebagai produksi) untuk meminta slot untuk masuk TV. Memang tak lepas la beb, spontaneous kot dengan tak buat buat apa apa research. Pengalaman yang sungguh bermakna dapat berinteraksi secara LIVE dengan beliau. Terima Kasih juga saudara Hisham Salleh menghadiahkan #TudungSitiMurni kepada saya.
Jumpa juga gang baru Ku Helmi, jadi kawan baik makan tengah hari dan solat sepanjang seminar. Beliau tengah berusaha untuk mengeluarkan produk #DurianCookies, rupa bentuk macam Famos Amos. Ku Helmi bagi tahu yang produk durian mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran China.
Jangan lupa Cikgu Daus - pengerusi majlis kita, dia merupakan momentum "energy giver" untuk peserta terus bersemangat untuk meneruskan sesi, bayangkan dari pukul 9.00am sehingga pukul 12.00 malam. dia pun patut diberikan pujian dan tepukan gemuruh dari peserta seminar sebelum berakhirnya majlis tersebut. Tidak mengapa semoga Allah merahmati beliau dan kelas tusyen beliau di Salak Tinggi.
Secara keseluruhannya, pendedahan melalui seminar #HarimauMenangis yang membuka minda aku yang betapa yang mereka ini berusaha keras dan mempunyai perancangan yang rapi untuk mengembangkan bisness mereka. Saya amat mengesyorkan untuk yang baru berjinak - jinak untuk menceburi dunia pernigaan mengikuti kursus yang sebegini. Yurannya pun murah sahaja. RM30.00. Join dan participate. Kalau korang nak tahu yang datang pada awalnya semua #MukaKetat, macam ada banyak duit la katakan.
Aku bekerja makan gaji rasa kagum dan ingin menjadi seperti mereka. Untuk makluman, aku bekerja di syarikat telekomunikasi TM rasa dah hebat sangat dah dengan scope kerja sekarang, tapi bila bercampur dengan dunia luar baru tahu level aku setakat ini. semoga post ini memberi inspirasi kepada anda semua.
Dan aku tengah berjinak jinak dengan produk yang rare di mata masyarkat. Satay ikan atau Lokcing yang famous di Kelantan. Cabaran aku untuk mengubah persepsi Lokcing dari yang biasa biasa kepada lokcing yang premium. Semoga dimudahkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PAKEJ PRIHATIN UNTUK GOLONGAN PKS
Salam & Selamat Pagi, Semalam Perdana Menteri Malaysia mengumumkan pakej rangsangan untuk golongan SME dan PKS sempena musim covid-19. A...

-
Lama sungguh tak singgah di stesen bas mache. Ingat zaman sekolah menengah dulu aku selalu ulang alik ke kampung setiap cuti sekolah. Binaan...
-
SCAMMER ALERT❗️❗️ FRESH GRADUATE ALERT. So harini aku just nak share pergi interview dekat company scammer. Fuck aku tak tahu pun itu comp...
-
New look, new feel, new spirit The look of my blog has changed, after received a constructive feedback and comment from my fellows and fr...
No comments:
Post a Comment