Saturday, January 19, 2013

EMA Joran akan dibuka tidak lama lagi

Semasa tahun baru 2013, orang semua sibuk dengan urusan anak sekolah. Kami sekeluarga balik kampung belah isteri di Segamat. Keesokan paginya kami pergi ke sebuah kolam ikan yang sudah lama terbiar. Kolamnya cantik dan sesuai untuk dimajukan sebagai sebuah kolam ikan pancing air tawar. Dahulunya kolam ini adalah kolam ikan pancing air masin. lihat foto di bawah:

Suasana kolam dengan bayu yang bertiup lembut sungguh mendamaikan. Rimbunan pohon disekeliling kolam pasti menggamit kaki pancing dan pengunjung di kolam ini.

Setakat ini, proses urusan sewa kolam dengan pemilik sewa kolam telah siap dijalankan, Urusan pendaftaran syarikat pun telah berjaya. Nama syarikat persendirian yang ditubuhkan adalah EMA Joran. Kolam ini akan diuruskan oleh Ayah dan Mak mertua saya. Ayah mertua En Mamat bin Salim merupakan kaki pancing tegar. Kerja kerja pembersihan akan dilakukan dalam masa yang terdekat. Kos permulaan dalam anggaran RM20,000

Kepada kaki pancing tegar area Segamat sila lah berkunjung ke EMA Joran yang bakal menjanjikan pengalaman pancing yang ekstrem kepada anda dan sekeluarga.

Maklumat lanjut mengenai EMA Joran boleh la berhubung terus dengan En Mamat bin Salim - 0177229501 dan Siti Halma Che Din - 0199099092.

Tuesday, January 1, 2013

10month old


10month old, originally uploaded by hashim style.

hope this year will be bright future for you. berani 2013

PAKEJ PRIHATIN UNTUK GOLONGAN PKS

Salam & Selamat Pagi, Semalam Perdana Menteri Malaysia mengumumkan pakej rangsangan untuk golongan SME dan PKS sempena musim covid-19. A...